Selalu update benda happy, hari ni nak mengadu denda bodoh,hahahhaha siallllll btol panas betul hati ak, nak mencarut je banyak2 kat sini, tapi mcm tak sopan plak, so ak mencarut sikit sikit jelah,
Hidup ini macam macam perangai mcm mcm ragam manusia ada yang bodoh jadi pandai ,ada yg pandai jadi bodoh, ade yg kedekut, ada plak yg pemurah, ada yg kaki mengumpat ,ada yg kaki judi, ada yg mulut BUSUK bau longkang,, ada yang kaki mengunkit ,ada yg gila harta, ada yg tak pandang harta , macam macam org, tapi dah nama pon manusia, mestilah dalam kehidupan kita nak makin maju, tak kan nak duduk kat takok lama je, so bukalah minda, jangan asyik duduk kat bawa tempurung je,kalau nak sgt g kawan ngan KATAK.
Entry ni AKU tulis tak tuju kat sapa sapa, sekadar peringatan buat diri sendiri.
so kalau baca jangan TERASA .
So bila marah kenelah cari blog blog yg boleh menyatakan Cara cara mengurangkan perasaan marah.
Tapi ak ni dah lah jenis pedendam ,sampai mati ak ingat benda2 sial mcm ni.
Tips Kawal Kemarahan -:
1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan.
2. Minum air masak sekerap yang mungkin.
Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya.
3. Ambil wuduk.
Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan.
4. Mandi.
Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda.
5. Baca Al-Quran.
Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!
SEKIAN, Wasalam
No comments:
Post a Comment